Johor mempunyai pelbagai makanan tradisional yang menjadi identiti dan kebanggaan masyarakatnya. Keunikan makanan Johor dapat dilihat melalui penggunaan bahan dan cara penyediaan yang diwarisi secara turun-temurun.

1. LAKSA JOHOR
Laksa Johor merupakan makanan yang terkenal di negeri Johor. Hidangan ini menggunakan spaghetti sebagai pengganti mi dan disajikan bersama kuah ikan yang kaya dengan rempah.

2. ME BANDUNG MUAR
Mi Bandung Muar berasal dari daerah Muar. Hidangan ini terdiri daripada mi yang dimasak bersama kuah yang pekat dan biasanya ditambah telur, udang, daging atau ayam.

3. KACANG POOL
Kacang Pool merupakan hidangan yang popular terutama di Johor Bahru. Ia diperbuat daripada kacang yang dimasak bersama daging dan rempah, kemudian dihidangkan bersama roti.

4. BURASAK
Burasak ialah makanan tradisional masyarakat Bugis di Johor. Ia diperbuat daripada beras yang dimasak bersama santan, dibungkus menggunakan daun pisang dan biasanya dinikmati bersama lauk tertentu.
Makanan tradisional ini mencerminkan kepelbagaian budaya dan warisan masyarakat Johor yang terus dipelihara hingga ke hari ini.
